Untuk rasa lebih “selamat” ketika membuat online banking, saya syorkan beberapa cara. Ini yang biasa saya amalkan.

1. Buat urusan online banking hanya pada laptop sendiri.

Maknanya, jangan anda buat online banking guna laptop kawan anda, atau pakcik makcik anda atau pun orang yang tak dikenali. Ini kerana silap haribulan ( bukan nak syak wasangka ) jika laptop mereka terjerumus ke kancah yang tidak enak, ia boleh drag anda sekali sebab anda pernah guna laptop mereka. Buatnya laptop mereka ada spyware or apa kejadah software yang save password dan login anda? Huiyooooo…

2. Letak bookmark url online banking pada browser anda.

Ini bagi mengelakkan anda tersilap taip url lantas pergi ke web online banking yang tipu. Teknik tipu ini dinamakan Pishing. Dimana si penipu akan membuat satu web yang sebijik sama dengan web online bank, misalnya dia tiru sebijik maybank2u.com.my, cuma menggunkan url yang sedikit berbeza seperti maybnak2u.com.my atau myabank2u.com… so bila anda pergi web diorang, anda sebenarnya memberi login dan password kepada mereka. Raya mereka!

3. Create shortcut kepada online banking web

Ada cara lain jika tanak guna bookmark iaitu membuat shortcut ke online banking web dan meletakkannya di desktop. Ini sebenarnya serupa dengan cara kedua tadi cuma cara nak xs nya sedikit berbeza. Selain daripada itu, ia agak menyemakkan desktop lebih – lebih lagi kalau desktop anda tu ada gambar awek or balak kesayangan anda.

4. Create application on online banking web

Ini cara yang saya guna dan setakat ini paling selamat. Of course la, sebab tak pernah kena lagi so saya kata la selamat. Anyway, cara ini hanya boleh digunakan secara maximum jika anda guna Firefox dan Mac OS. Kalau PC, saya tak pernah try lagi dan nanti saya minta tolong kawan saya checkkan.

Ini adalah hasil akhir dimana ada apps didalam laptop anda yang akan memanggil online banking web tadi. Apps shortcut berada di icon menu bar di desktop anda.

Ok, saya akan sambung next macam mana nak buat menatang ni guna Firefox. Saya ada meeting jam 3.00 ni, tulis2 ni sambil tunggu client. :P














COMMENTS / ONE COMMENT

[...] melihat secara lanjut, anda boleh ke onlinbiz@secretschool. Ada 2 posting yang pertama, dan [...]

khairulazizi.com – Create apps from web added these pithy words on Oct 13 09 at 10:15 am

SPEAK / ADD YOUR COMMENT
Comments are moderated.

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Return to Top

Online banking, Shortcut in my machine

TAG / CLOUD

Donate

Terima kasih kerana berminat untuk support OnlineBiz secara financial. Semoga tuhan limpahi rezeki anda melimpah ruah.

Total Post


Total post semua sekali : 114 sejak wujud. Sila klik Sini untuk semua post title.

Spanning Sync


 Powered by Max Banner Ads 
Ia adalah sebuah software yang membolehkan anda update iCal anda dalam laptop/iPhone dan google calendar anda akan sync. Anda update di google calendar, iCal anda akan sync. Baca sini!

Mari mengundi

Apakah engine CMS yang anda akan guna untuk online store anda?

View Results

Loading ... Loading ...

Basecamp


 Powered by Max Banner Ads 

FeedBurner RSS

twitter_icon2